Pages

Pages

ANJUNG TULUS GROUP HOLDING SDN. BHD.


           ANJUNG TULUS GROUP HOLDING SDN. BHD. (857503-H) (ATH) (sebelum ini beroperasi sebagai AURA HEALTHY BODYCARE SDN. BHD.) merupakan sebuah syarikat perniagaan bumiputera yang menggabungkan tenaga serta kreativiti profesional muda yang mampu berdaya saing dalam industri perniagaan, di samping membantu usaha kerajaan dengan menceburi pelbagai sektor pertumbuhan baru dan menggembleng tenaga dalam bidang keusahawanan bagi melahirkan usahawan-usahawan bumiputera yang berkaliber.


Ketika beroperasi sebagai AURA HEALTHY BODYCARE SDN.BHD. yang telah didaftarkan pada 20 September 2009 dengan jenis perniagaan yang mengetengahkan kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan produk kecantikan. Pada 13 Julai 2011 telah menukar namanya kepada ANJUNG TULUS GROUP HOLDING SDN. BHD. di mana telah menjalankan satu perniagaan pelbagai yang mengetengahkan kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan pembinaan sebagai teras utama perniagaan syarikat. Di awal penubuhan, ATH hanya menjalankan perniagaan yang bersifat peruncitan bahan-bahan binaan bermula dari aktiviti memborong, membekal dan menjual. Berdasarkan prestasi yang ditunjukkan oleh syarikat telah mendorong ATH bergerak ke bidang pembinaan seterusnya berjaya menyiapkan pelbagai projek perumahan yang dipertanggungjawabkan.

Di awal penubuhan perniagaan ini bermula dari aktiviti memasarkan produk secara runcit dan kecil-kecilan. Sekarang ini kami telah memberanikan diri menjadi pengeluar barang-barang pembinaan dan memperluaskan lagi pasaran ke peringkat antarabangsa.

Dengan keupayaan pekerja-pekerja mahir yang sedia ada, syarikat yakin yang boleh menapak lebih jauh dan lebih maju di masa akan datang. Dalam merealisasikan lagi impian syarikat Anjung Tulus Group Holding Sdn. Bhd. juga telah menceburi bidang pembuatan cermin dan aluminium di mana telah tertubuhnya sebuah lagi anak syarikatnya yang juga dikenali sebagai Anjung Glass Aluminium & Iron Work. Ini sekali gus dapat memberi kemudahan dan mengurangkan kos pembinaan kerana Anjung Glass Aluminium & Iron Work secara tak langsung menjadi pembekal utama dalam membekal barang-barang berkaitan cermin, pintu, dan frame aluminium kepada projek-projek pembinaan khususnya.