Pages

Pages

Artikel


Pinjaman Staff Kerajaan

SKIM PINJAMAN PERUMAHAN KAKITANGAN KERAJAAN
Kakitangan Awam yang ingin memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan untuk harta/rumah yang dibeli di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak perlu berurusan dengan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), Perbendaharaan Malaysia, Kementerian Kewangan Malaysia juga dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Pinjaman Perumahan.
Syarat-syarat asas:
  • Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap
  • Warganegara Malaysia
  • Borang permohonan dikemukakan 1 tahun sebelum bersara/tamat perkhidmatan
  • Berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun
  • Telah disahkan dalam jawatan
  • Bukan seorang bangkrap @ siberhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib
  • Perjanjian jualbeli atau perjanjian pembinaan rumah perlu penyaksian peguam
  • Peminjam diwajibkan mengambil Insurans/Takaful Gadai Janji dan Insurans/Takaful pemilik rumah kediaman yang disediakan oleh Pihak Berkuasa memberi pinjaman
  • Pinjaman bersama suami dan isteri, Pinjaman ambil alih antara suami dan isteri dan Pinjaman dua nama di dalam perjanjian jual beli mestilah disertakan dengan salinan Sijil Nikah atau Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.
Kelayakan Pinjaman
Kadar kelayakan ini digunapakai untuk Hakim-hakim Mahkamah Agong / Mahkamah Tinggi dan yang setaraf dengannya, Pegawai- pegawai Perkhidmatan Awam Am, Anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Amaun Kelayakan Pinjaman Perumahan adalah seperti berikut:


Gaji Bulanan Hakiki (RM)
Kelayakan Pinjaman (RM)
1
6,500 dan ke atas
450,000
2
5,500 ke 6,499
420,000
3
4,500 ke 5,499
400,000
4
3,500 ke 4,499
380,000
2
3,000 ke 3,499
320,000
3
2,500 ke 2,999
280,000
4
2,000 ke 2,499
255,000
5
1,500 ke 1,999
205,000
6
1,200 ke 1,499
168,000
7
1,000 ke 1,199
130,000
8
800 ke 999
105,000
9
799 dan ke bawah
80,000




BSN, KWSP sedia kemudahan skim perumahan belia


Kerap kali, golongan belia di negara ini menyuarakan kebimbangan mereka tentang kemampuan pemilikan rumah yang seiring dengan keperluan asas setelah berkerjaya dan seterusnya membina  keluarga yang sejahtera.

Dalam pembentangan Bajet 2015, di bawah strategi membangun Program Transformasi Belia Negara, akses kepada pinjaman perumahan (rumah pertama) dipermudahkan melalui Skim Perumahan Belia secara perkongsian pintar antara kerajaan, Bank Simpanan Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Cagamas.

Syarat kelayakan bagi pinjaman tersebut adalah had pembiayaan rumah pertama bernilai tidak melebihi RM500 ribu, berusia antara 25 hingga 40 tahun, telah berkahwin, pendapatan isi rumah RM10 ribu dan ke bawah, serta tempoh pembiayaan maksimum 35 tahun.

Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak, turut menggariskan manfaat pembiayaan itu dalam pembentangan Bajet 2015 di Dewan Rakyat hari ini.

Antara manfaat yang diumumkan ialah pemberian RM200 sebulan oleh Kerajaan untuk tempoh 2 tahun pertama bagi mengurangkan beban ansuran bulanan pinjaman, pengecualian 50 peratus duti setem ke atas suratcara pindah milik dan perjanjian pinjaman.

"Lebih menarik, Kerajaan turut menyediakan jaminan pinjaman sebanyak 10 peratus bagi membolehkan peminjam mendapatkan pembiayaan penuh termasuk kos insuran. Peminjam juga boleh mengeluarkan wang daripada Akaun 2 KWSP mereka untuk menampung pembayaran ansuran bulanan dan kos lain yang berkaitan," ujar Najib.

Peluang itu perlu direbut oleh belia kerana ditawarkan secara 'first come first served basis' untuk 20,000 unit rumah sahaja.



original


SKIM-SKIM YG DIBAWAH KERAJAAN


Di Bajet 2015, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai skim untuk membantu pasangan muda memiliki rumah pertama mereka. Antaranya,

1. Skim Perumahan Belia, di mana pasangan dari umur 25 hingga 40 tahun dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan, akan menikmati jaminan 10% pinjaman untuk membolehkan mereka mendapat pembiayaan pinjaman penuh, disamping menampung kos insurans. Penerima skim ini juga akan menikmati bantuan RM200 setiap bulan untuk dua tahun yang pertama. Namun, cuma 20,000 unit rumah dibenarkan di bawah skim ini, dengan syarat siapa cepat dia dapat. 

2. Duti setem dikecualikan 50% untuk surat cara pindah milik (atau dokumen S&P), dan had pembelian ditingkatkan dari RM400,000 kepada RM500,000 untuk pembeli rumah kali pertama.

3. Skim Sewa Beli akan diperkenalkan untuk membantu mereka yang tidak dapat meminjam dari bank membeli rumah di bawah Projek Perumahan 1 Malaysia (PR1MA).

4. RM1.3 billion disalurkan untuk membina 80,000 unit rumah PR1MA.

5. RM644 juta untuk pembinaan 26,000 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat.

6. Syarikat Perumahan Negara Berhad akan membina 12,000 Rumah Mesra Rakyat, 5,000 Rumah Idaman Rakyat dan 20,000 Rumah Aspirasi Rakyat.

7. Had kelayakan pinjaman perumahan kerajaan akan meningkat untuk rumah berharga dari RM120,000 ke maksimum RM600,000.

8. Had maksimum harga hartanah untuk Skim Rumah Pertamaku akan dinaikan kepada RM500,000 daripada RM400,000 sebelum ini.




0 comments:

Post a Comment